Pada tahun 2016, En Azmi Zainal selaku rakan kongsi telah memulakan program Home Dealers Malaysia untuk melahirkan usahawan baharu dan membantu syarikat meluaskan pengedaran susu Farm Fresh di seluruh Malaysia.
Pada permulaannya, hasrat beliau adalah hanya untuk membantu keluarga rapat dan sahabat terdekat. Tanpa beliau sangka, program ini telah berkembang kepada 55 stokis, 801 Home Dealer dan 952 Ejen seluruh Malaysia.
80% daripada keseluruhan home dealer kami adalah wanita, terutamanya suri rumah. Farm Fresh ingin mencari lebih ramai lagi usahawan yang mempunyai semangat dan minat untuk menjana pendapatan dengan menjual kebaikan nutrisi susu kepada rakyat Malaysia. Anda berminat untuk menjadi salah seorang daripada kami? Sertai program Home Dealer kami sekarang!